Implementasi Akta Kerja 1995 di Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Pengenalan

Akta Kerja 1955 adalah Akta yang menyediakan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan minima kepada pekerja yang dilindungi oleh Akta ini di neagara Malaysoa. Kursus ini akan memberi penekanan kepada perkara-perkara peting di dalam Akta serta kepentingan pelaksanaan garis panduan tersebut. Akta ini menyediakan ruang untuk pekerja dan majilan membuat rujukan terma-terma pekerja dan kesalahan-kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Jabatan Buruh atau Mahkamah Buruh.

Isi Kandungan Kursus

No.
Kandungan
1. PENGENALAN KEPADA AKTA

  • Skop Akta
  • Siapa Pekerja Mengikut Akta
  • Kategori Pekerja
  • Jenis-jenis Pekerja
2. KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Definisi Kontrak Perkhidmatan
  • Perbezaan dengan Kontrak untuk Memberikan Perkhidmatan
  • Isikandungan Kontrak Perkhidmatan
  • Mentadbir Kontrak Perkhidmatan
3. PEMECAHAN KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Syarat-syarat penamatan kontrak
  • Notis Penamatan Kontrak
  • Penamatan tanpa Notis
  • Pengiraan gaji sebagai ganti notis.
4. PENAMATAN KONTRAK ATAS SEBAB-SEBAB KHAS

  • Salahlaku
  • “Due Inquiry”
  • Senarai Hukuman kepada Pekerja yang Bersalah
  • Penggantungan Kerja
    • Sebagai Hukuman
    • Tujuan Siasatan
5. PEKERJA WANITA

  • Larangan Kerja Malam
  • Kerja Bawah Tanah
  • Perlindungan Bersalin
    • Syarat-syarat untuk melayakkan Elaun Bersalin
    • Definisi Bersalin
    • Tarikh memulakan Cuti Bersalin
    • Daftar Bersalin
6. FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEKERJA

  • Cuti Am
  • Cuti Tahun
  • Cuti Sakit
  • Penghospitalan
7. SYARAT-SYARAT PEKERJAAN

  • Waktu Bekerja
  • Bekerja Giliran (Shif)
  • Waktu Rehat
  • Hari Rehat
  • Pekerja Asing
8. UPAH | GAJI

  • Definisi upah
  • Syarat-syarat pembayaran upah
  • Pendahuluan upah
  • Pemotongan Upah
  • Keutamaan Upah
9. PENGUATKUASAAN JABATAN TENAGA KERJA

  • Kuasa Menyiasat
  • Pemeriksaan Dokumen
  • Kesalahan di bawah Akta atau Penalti
  • Mahkamah Tenaga Kerja
10. PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL

  • Definisi Gangguan Seksual
  • Polisi Gangguan Seksual
  • Tanggungjawab Majikan
  • Laporan Ke Jabatan Tenaga Kerja
  • Penalti mengikut Akta

Kaedah Pengendalian Kursus

  1. Syarahan & Slides
  2. Kajian Kes dan persembahan
  3. Soal Jawab

TRAINER PROFILE

trainer
MOHD FAUZI BIN NORDIN

Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA)
Meta-Coach (MCF, USA)

Mohd Fauzi Nordin berkelulusan Master in Business Administration (MBA), Bachelor In Business Administration (BBA), Diploma in Personnel Management dan Diploma in Public Administration. Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterunya di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia. Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun. Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di salah sebuah syarikat pembinaan.

Kini beliau telah lebih 17 tahun mengendalikan latihan dan perundingan untuk pelbagai Industri di Malaysia di dalam bidang Latihan, Pengurusan Sumber Manusia, Kepimpinan, Motivasi, Perkhidmatan Pelanggan, Keusahawanan, Persaraan dan Pentadbiran Pejabat.

Antara pelanggan beliau ialah Bintulu Port Sdn. Bhd. – Sarawak, Penang Port Sdn. Bhd. – Penang, Malaysian Assurance Alliance Berhad (MAA) – Kuala Lumpur, Kemayan Resort Villa Sdn. Bhd. – Terengganu, Everts (Malaysia) Sdn. Bhd. – Melaka, Alloy Consilidated Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, Bright Glory Industries Sdn. Bhd. – Johor Bahru, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) – Terengganu, Kobakin (M) Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur,Harta Maintenance Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, Franky Construction Sdn. Bhd. – Pahang, Felda Security Services Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, White Horse Ceramic Sdn. Bhd. – Johor Bahru, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. – Terengganu, Flairis (K.L) Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, Gunung Kabel Sdn. Bhd. – Negeri Sembilan, Panel Technologies Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, Landmarks Land & Properties Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, Court Mammoth Bhd – Kuala Lumpur, Abacus Distribution Systems (M) Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, SME Ordnance Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Kuantan – Pahang, Pahang Skills Development Centre – Pahang, Harian (Zulfazdli) Sdn. Bhd. – Kuala Lumpur, KESEDAR Perkilangan Sdn. Bhd. – Kelantan, Pesama Timber Corp. Sdn. Bhd. – Terengganu, Kuantan Wire Products Sdn. Bhd. – Pahang, Tenaga Nasional Berhad – Kuala Lumpur, Mascotwood Sdn. Bhd. – Terengganu.

Minat dan kecenderungannya dalam bidang peningkatan produktiviti, beliau telah di pilih mewakili Malaysia ke Latihan Ergonomics selama 3 minggu anjuran kerajaan Jepun pada tahun 2003. Dari segi latihan, Mohd Fauzi sering dikenali sebagai seorang tenaga pengajar yang praktikal, iaitu beliau sering mempermudahkan teori-teori pengurusan untuk di praktikkan dengan mudah dan berkesan.

Mohd Fauzi Nordin juga merupakan Certified NLP Master Practitioner (NFNLP-USA), Certified NLP Basic Practitioner (NFNLP-USA), Certified Basic Neuro-Semantics (ISNS – USA), Certified Performance Coach (OUM / International Coach Federation), Certified LAB Profile Practitioner (SS,CAN), seorang trainer (Certification in Training) yang disahkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Certification in Training Evaluation (CITE) dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (EET/0145) dan Certivicate IV in Training and Asessment, Australia. Beliau juga seorang Certified NLP Coach from Coaching Division of the American Board of NLP, USA.

Beliau juga seorang Certified trainer program Mesra Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Program perkhidmatan pelanggan ini adalah untuk semua pekerja barisan hadapan di dalam industri pelancongan. Program latihan yang di kendalikan oleh beliau tidak terhad hanya di Malaysia. Beliau juga sering di jemput mengendalikan latihan di Institut Perkhidmatan Awam Brunei, Kementerian Pertahanan Brunei, Kementerian Buruh Brunei dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama Brunei.